Wednesday, 24 October 2012

'OPPA EMAS AR-RAHNU STYLE'


Pelaburan secara Ar-Rahnu kini mula menjadi perhatian kerana cara ini lebih merendahkan kos pelaburan, merendahkan risiko terbeli emas palsu, memudahkan pelabur untuk menyimpan emas serta pelabur dapat memiliki jumlah emas lebih besar berbanding dengan modal pelaburan. Pelaburan emas secara Ar-Rahnu juga biasa disebut 70-30 atau 65-35.

Bagaimana cara pelaburan emas Ar-Rahnu dilakukan?

Sistem Ar-Rahnu memberi pinjaman modal sehingga 70% untuk nilai suatu item. (Maksimun 65% untuk mereka yang belum pernah membuka akaun dan 70% untuk mereka yang telah mempunyai akaun di Ar-Rahnu). Biasanya pebeli meghubungi pihak penjual (Hargaemas) untuk membawa emas ke Ar-Rahnu berhampiran pembeli untuk ujian ketulenan kemudiannya emas tersebut akan dipajak diatas nama pelabur,

Arrahnu akan memberikan pinjaman maksimun 70% dan pembeli akan menambah balance 30% untuk membayar kepada penjual.

Bagaimana keuntungan kepada pelabur?

Jika sebelum ini pelabur A yang hanya mempunyai RM7000 dapat membeli sekitar 35gram emas 999 sahaja, dengan sistem Ar-Rahnu, pelabur B dapat membeli 100gram emas 999 dengan modal yang sama.

Jika harga emas naik sebanyak RM10/gram, pelabur A yang cuma membeli 35gram hanya mendapat keuntungan (35gram x RM10/gram = RM350), tetapi bagi pelabur B yang melabur didalam Ar-Rahnu sebanyak 100gram mendapat keuntung (100gram x RM10/gram = RM1000) ditolak sedikit upah simpan, pelabur masih mendapat lebih keuntungan berbanding cara membeli biasa.

Kos upah simpan di Ar-Rahnu adalah sebanyak 0.75% sahaja setiap bulan (berbanding kedai pajak konvesional 2%).

Pelabur tidak perlu menjual emas simpanan mereka untuk mengambil untung, hanya perlu overlap sahaja surat ar-rahnu di bank atau arrahnu.

Adakah pelabur perlu membayar upah simpan setiap bulan?

Tidak, Sistem Ar-Rahnu terkini membenarkan pelabur untuk “overlap” setelah harga emas terkini meningkat naik dan pihak Ar-Rahnu akan memberikan wang tunai. Contohnya: Encik Ahmad membeli 100gram emas pada harga RM200/gram, setelah 2 bulan harga emas telah naik RM10/gram (->RM210/gram). Encik Ahmad membawa surat Ar-Rahnu ke bank untuk (overlap), pihak Ar-Rahnu akan memberikan wang tunai sebanyak RM1000 (100gram x RM10/gram) – upah simpan. Tempoh masa pajakan Encik Ahmad akan bertambah lagi 6 bulan dan seterusnya.

Berapa lama cadangan pelaburan menggunakan Ar-Rahnu?

Kami cadangkan sekurang-kurangnya 18 bulan.

Adakah pelaburan Ar-Rahnu selamat?

Ya, pelabur tidak perlu risau ketulenan emas yang dibeli kerana Pihak Ar-Rahnu akan menguji dahulu ketulenan emas sebelum pelabur membayar kepada penjual. Emas yang dibeli disimpan ditempat yang lebih selamat berbanding di rumah. Pelabur tidak perlu risau untuk menjual emas pada bila-bila masa kerana pembeli emas boleh dihubungi pada bila-bila masa untuk mendapatkan tunai.

Dimana Pelaburan Ar-Rahnu boleh dilakukan?

Mana-mana Institusi Kewangan yang menyediakan pajak gadai islam Ar-Rahnu, koperasi-koperasi yang bernaung di bawah Ar-RahnuX, dan anak syarikat negeri yang menyediakan pelan ini.


Terima kasih kerana sudi membaca

“Your Ringgit Falls in Value Every Second It’s In Your Pocket”

Ramai sering bimbang bila silver atau emas turun harga. Tetapi sedarkah kita duit kertas ringgit juga mengalami penurunan @ kenaikan harga / kuasa belinya. Atau “your ringgit falls in value every second it’s in your pocket”

Berapakah kejatuhan kuasa beli ringgit Malaysia terhadap silver dan emas @ Berapakah kenaikan silver dan emas?

Terima kasih kerana sudi membaca

"Gold Confiscation"

Apakah Executive Order 6814

Sedikit sejarah silver di US

Mungkin ramai telah mengetahui adanya "gold confiscation" (penyitaan/sitaan/rampasan emas?) oleh President Franklin D Roosevelt pada tahun 1933 di Amerika Syarikat melalui Executive Order 6102.
Sebenarnya silver juga telah mengalami nasib yang sama. Pada 9 Ogos 1934 Presiden Roosevelt telah menandatangani Executive Order 6814. Setelah silver disita harganya telah meningkat lebih kurang 40%. Ini menyebabkan rakyat yang mematuhi arahan ini mengalami kerugian.

http://www.presidency.ucsb.edu/ws/index.php?pid=14741


Terima kasih kerana sudi membaca

Net Worth Gold & Silver

Contoh yang dipaparkan ini dikira menggunakan harga purata pada tahun berkenaan dalam US dollar. Tetapi apa yang hendak ditekankan adalah - Anda rasa harta anda telah meningkat, tetapi apa yang sebenarnya berlaku adalah harta anda telah menyusut.

  Pada tahun 2000, sejumlah $325,000 boleh membeli 1,181 oz. Mengambilkira pertambahan jumlah disimpan disebabkan dividen, interest etc. jumlah wang disimpan telah meningkat $455,000. Terasa telah meningkat. Sebenarnya apa yang berlaku adalah net worth jika dikira dalam oz emas atau silver telah menurun.

Cuba kira jika jumlah wang yang sama digunakan untuk membeli 1,181 oz emas atau 66,326 oz silver? Berapa net worth in 2012 - expressed in dollars?

Gold: 1181oz x usd1700=usd2.0077 million x 3.1 = RM6.224 juta

Silver : 66326 x 31 = usd2.056106 million x 3.1 = RM6.374 juta

Sumber: Dekad Silver  

Terima kasih kerana sudi membaca

REKOD HARGA TERENDAH & TERTINGGI KIJANG EMAS 1OZ (2000-2012)

2002 1122 (JAN) 1413 (Dis)
2003 1295 (APR) 1647 (DIS)
2004 1510 (MEI) 1838 (DIS)
2005 1665 (FEB) 2115 (DIS)
2006 2070 (JAN) 2713 (MEI)
2007 2263 (JAN) 2952 (DIS)
2008 2725 (Nov) 3414 (MAC)
2009 3085 (JAN) 4292 (DIS)
2010 3831 (MAC) 4686 (DIS)
2011 4261 (JAN) 6014 (SEPT)
2012 5069 (MEI) 5805 (OKT)
 
Sepanjang  11 tahun kewujudan Kijang Emas di Malaysia, harga tertinggi ialah pada bulan September 2011 (RM6014.00). Manakala harga terendah ialah pada bulan Januari 2002 (RM 1122.00) iaitu tahun permulaan Kijang di jual d Malaysia.

Sumber : BNM

Terima kasih kerana sudi membaca

Wednesday, 26 September 2012

Junior Gold Account-i

Shariah concept: Bai' As-Sarf & Qardh


 KFH baru-baru ini ada memperkenalkan Junior Gold Account-i. Bila ditilik-tilik macam best jer... so saya try la pergi ushar-ushar... agak menarik juga lah sebab akaun ni datang dengan pakej perlindungan Takaful kepada Penjaga dan Penyimpan. sebagai contoh si bapa menyimpan 15 gram emas untuk anak kesayangannya. Jika beliau inginkan perlindungan takaful percuma dari KFH beliau mestilah tinggalkan sekurang-kurangnya 5g tersebut didalam akaun tu, maka kedua-dua mereka akan dapat perlindungan takaful sehingga 30K. tempoh jaminan takaful ini adalah sehingga umur anak terbabit mencapai 18 tahun dan selagi nilai pelaburan itu masih kekal 5g dalam akaun...


Minima pembelian untuk membuka akaun adalah 5 gram sahaja. Berminat??? bolehlah dapatkan di cawangan KFH berhampiran anda... 


source: Kuwait Finance House


Terima kasih kerana sudi membaca

Thursday, 2 August 2012

Maybank Silver Investment Account


Maybank merupakan insitusi Bank Pertama yang menawarkan pelaburan logam perak dalam bentuk buku simpanan selepas 5 tahun menawarkan Pelaburan Emas Maybank juga dalam bentuk akaun simpanan iaitu pada tahun 1997. Untuk pengetahuan, ianya baru saja dilancarkan pada Isnin lepas (9 Julai 2012). Terlebih dahulu ingin diingatkan, pelaburan ini bukanlah 'ISLAMIC COMPLIANCE'.

BERIKUT ADALAH CARA ANDA UNTUK MEMULAKAN PROSES PEMBUKAAN AKAUN INI

  1.  Masuk ke cawangan Maybank berhampiran. Pergi terus ke bahagian Customer Service. Beritahu yang anda ingin buka Akaun Pelaburan Perak. Pegawai perkhidmatan pelanggan tadi akan tolong anda isi borang permohonan. Jangan lupa berikan Kad Pengenalan untuk pengesahan. Nanti anda akan disuruh turunkan tandatangan di beberapa helaian kertas. Sementara menunggu buku akaun dibuka, anda bolehlah baca prospektus mengenai pelaburan perak yang disediakan. Anda perlu sediakan RM10 untuk membuka akaun.
  2.  Kemudian anda akan diberikan satu borang untuk deposit atau simpanan. Borangnya sama dengan borang untuk masukkan duit berbentuk tunai. Tetapi bezanya transaksi akan melibatkan jumlah gram yang ingin anda beli/laburkan. Untuk pertama kali, pegawai perkhidmatan tadi akan tolong anda isi butiran yang diperlukan dalam borang itu.
  3. Ambil nombor giliran. Bila dah sampai giliran anda, pergi ke kaunter. Mereka akan tanya berapa gram perak yang anda ingin beli. Minimum pembelian adalah sebanyak 20gram. Jangan lupa tanya berapa harga semasa perak waktu tu. Kalau harga jatuh, belilah dalam kuantiti yang banyak. Kalau harga naik, beli minimum 20gram sahaja buat permulaan. Hulurkan wang anda dan proses selesai.
 

Benefits

  • A great way to increase the degree of portfolio diversification
  • A better security against inflating economies
  • It is convenient to manage your investment. You can easily buy or sell silver in your account , with your passbook at any Maybank branch in Malaysia
  • Start right away with an affordable initial purchase
Features Description
Minimum Initial Purchase20 gram
Minimum Subsequent Purchase/Sale10 gram in multiples of 1 gram
Minimum Balance in the Account 5 gram
Silver Purchase Price- Silver purchase will be based on the Bank's prevailing silver SELLING price quoted in RM per gram

- The mode of payment accepted for purchase of silver are:

• Cash

• Debiting of current/savings account maintained with the Bank

• House cheque
Silver Sale/WithdrawalSilver sale will be based on the Bank's prevailing silver BUYING price quoted in RM per gram

Withdrawal options available are:

• Cash

• Crediting of current/savings account maintained with the Bank
Mode of Operation Passbook
Interest No interest payout
Stamp Duty Fee on Agreement RM10
Replacement of Lost / Spoilt Passbook RM15 (inclusive of Stamp Duty for Letter of Indemnity)

Who can apply

  • Individuals aged 18 years and above
  • Joint account - maximum 4 persons
Disclaimer: The returns on Maybank Silver Investment Account are subject to the silver price fluctuations. Customers are advised to read and understand the product before making any investment. Maybank Silver Investment Account is not insured by Perbadanan Insurans Deposit Malaysia (PIDM).


Click here to view today's silver rates
Click here to view Maybank Silver Investment Account Agreement
Click here to view Product Disclosure Sheet

NOTE:  HUKUM BELI EMAS TANPA FIZIKAL OLEH : UZAR
Terima kasih kerana sudi membaca

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...