Mata wang wajib dikenakan zakat kerana ia boleh digunakan untuk bermuamalah sama dengan emas dan perak. Wang sama ada berbentuk kertas, syiling atau sebagainya setaraf dengan emas dan perak sebagai satu kuasa membeli. Nisab zakat wang simpanan adalah berdasarkan nilai semasa bagi nisab emas 20 mithqal (85 gram) atau perak (595 gram).
Dalil Wajib Zakat:
“Saidina Ali telah meriwayat bahawa Nabi Muhammad s.a.w telah bersabda: “Apabila kamu mempunyai 200 dirham dan telah cukup haul (genap setahun) diwajibkan zakatnya 5 dirham , dan tidak diwajibkan mengeluarkan zakat (emas) kecuali kamu mempunyai 20 dinar (salah satu matawang zaman dahulu yang digunakan di negara Arab). Apabila kamu mempunyai 20 dinar dan telah cukup haulnya diwajibkan zakatnya setengah dinar. Demikian juga kadarnya jika nilainya bertambah dan tidak diwajibkan zakat bagi sesuatu harta kecuali genap setahun.”Sabda Rasulullah s.a.w:
Surah At-Taubah: (34-35)
“Setiap pemilik emas dan perak yang tidak menunaikan haknya maka pada hari kiamat dijadikan kepingan lalu dibakar dalam api neraka kemudian diselar rusuk dan belakang mereka; setiap kali kepingan itu menjadi sejuk ia kembali dibakar semula pada hari yang kadarnya bersamaan dengan lima puluh ribu (50,000) tahun sehingga ia dihukum di antara hamba-hamba Allah maka dilihat jalannya sama ada ke syurga atau ke neraka”.Kaedah Kiraan Zakat Emas & Perak:
(Hadis riwayat Abu Hurairah)
- Emas Perhiasan Wanita
- Emas perhiasan wanita ialah emas yang dibeli atau digunakan sebagai
perhiasan di badan. LZS (MAIS) mengambil kira kadar uruf emas bagi
pemakaian perhiasan tersebut. Jika kadar pemakaian itu tidak mencapai
kadar uruf, maka tidak wajiblah membayar zakat emas perhiasan
tersebut. Kadar uruf emas di negeri Selangor ialah sebanyak 800 gram
- Contoh:
(Timbangan emas x harga semasa x 2.5%)
900 gram x RM50 = RM45000 x 2.5% = RM1125
- Emas perhiasan wanita ialah emas yang dibeli atau digunakan sebagai
perhiasan di badan. LZS (MAIS) mengambil kira kadar uruf emas bagi
pemakaian perhiasan tersebut. Jika kadar pemakaian itu tidak mencapai
kadar uruf, maka tidak wajiblah membayar zakat emas perhiasan
tersebut. Kadar uruf emas di negeri Selangor ialah sebanyak 800 gram
- Emas Yang Disimpan
- Bermaksud emas yang selain daripada perhiasan wanita yang dipakai di badan samaada dalam bentuk mata wang, simpanan, galian, peralatan rumah dan sebagainya.
- Ia dikenakan zakat sebanyak 2.5% daripada jumlah yang ada sekiranya kadar yang dimiliki itu sama atau melebihi nisabnya iaitu 85 gram. Ia tidak sama dengan emas perhiasan yang dipakai. Nisab emas yang tidak dipakai ialah sebanyak 85 gram
- Contoh:
Timbangan emas x harga semasa x 2.5%
90 gram x RM50 = RM4500 x 2.5% = RM112
- Perak
- Bagi logam perak, samaada dipakai sebagai barang perhiasan ataupun tidak (disimpan sebagai perhiasan di rumah), maka pengiraannya adalah berdasarkan nilai barang perak tersebut. Nisab bagi perak adalah sebanyak 595 gram atau lebih
- Contoh:
800 gram perak x RM0.90(segram) x 2.5% = RM18
No comments:
Post a Comment