Wednesday, 24 October 2012

'OPPA EMAS AR-RAHNU STYLE'


Pelaburan secara Ar-Rahnu kini mula menjadi perhatian kerana cara ini lebih merendahkan kos pelaburan, merendahkan risiko terbeli emas palsu, memudahkan pelabur untuk menyimpan emas serta pelabur dapat memiliki jumlah emas lebih besar berbanding dengan modal pelaburan. Pelaburan emas secara Ar-Rahnu juga biasa disebut 70-30 atau 65-35.

Bagaimana cara pelaburan emas Ar-Rahnu dilakukan?

Sistem Ar-Rahnu memberi pinjaman modal sehingga 70% untuk nilai suatu item. (Maksimun 65% untuk mereka yang belum pernah membuka akaun dan 70% untuk mereka yang telah mempunyai akaun di Ar-Rahnu). Biasanya pebeli meghubungi pihak penjual (Hargaemas) untuk membawa emas ke Ar-Rahnu berhampiran pembeli untuk ujian ketulenan kemudiannya emas tersebut akan dipajak diatas nama pelabur,

Arrahnu akan memberikan pinjaman maksimun 70% dan pembeli akan menambah balance 30% untuk membayar kepada penjual.

Bagaimana keuntungan kepada pelabur?

Jika sebelum ini pelabur A yang hanya mempunyai RM7000 dapat membeli sekitar 35gram emas 999 sahaja, dengan sistem Ar-Rahnu, pelabur B dapat membeli 100gram emas 999 dengan modal yang sama.

Jika harga emas naik sebanyak RM10/gram, pelabur A yang cuma membeli 35gram hanya mendapat keuntungan (35gram x RM10/gram = RM350), tetapi bagi pelabur B yang melabur didalam Ar-Rahnu sebanyak 100gram mendapat keuntung (100gram x RM10/gram = RM1000) ditolak sedikit upah simpan, pelabur masih mendapat lebih keuntungan berbanding cara membeli biasa.

Kos upah simpan di Ar-Rahnu adalah sebanyak 0.75% sahaja setiap bulan (berbanding kedai pajak konvesional 2%).

Pelabur tidak perlu menjual emas simpanan mereka untuk mengambil untung, hanya perlu overlap sahaja surat ar-rahnu di bank atau arrahnu.

Adakah pelabur perlu membayar upah simpan setiap bulan?

Tidak, Sistem Ar-Rahnu terkini membenarkan pelabur untuk “overlap” setelah harga emas terkini meningkat naik dan pihak Ar-Rahnu akan memberikan wang tunai. Contohnya: Encik Ahmad membeli 100gram emas pada harga RM200/gram, setelah 2 bulan harga emas telah naik RM10/gram (->RM210/gram). Encik Ahmad membawa surat Ar-Rahnu ke bank untuk (overlap), pihak Ar-Rahnu akan memberikan wang tunai sebanyak RM1000 (100gram x RM10/gram) – upah simpan. Tempoh masa pajakan Encik Ahmad akan bertambah lagi 6 bulan dan seterusnya.

Berapa lama cadangan pelaburan menggunakan Ar-Rahnu?

Kami cadangkan sekurang-kurangnya 18 bulan.

Adakah pelaburan Ar-Rahnu selamat?

Ya, pelabur tidak perlu risau ketulenan emas yang dibeli kerana Pihak Ar-Rahnu akan menguji dahulu ketulenan emas sebelum pelabur membayar kepada penjual. Emas yang dibeli disimpan ditempat yang lebih selamat berbanding di rumah. Pelabur tidak perlu risau untuk menjual emas pada bila-bila masa kerana pembeli emas boleh dihubungi pada bila-bila masa untuk mendapatkan tunai.

Dimana Pelaburan Ar-Rahnu boleh dilakukan?

Mana-mana Institusi Kewangan yang menyediakan pajak gadai islam Ar-Rahnu, koperasi-koperasi yang bernaung di bawah Ar-RahnuX, dan anak syarikat negeri yang menyediakan pelan ini.


Terima kasih kerana sudi membaca

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...