Tuesday 26 June 2012

Maklumat Terkini Berhubung dengan Persediaan bagi Penggunaan Wang Kertas Siri Baharu Malaysia

Bank Negara Malaysia ingin mengumumkan bahawa wang kertas siri baharu Malaysia akan berada dalam edaran mulai 16 Julai 2012.
Susulan pengumuman awal mengenai wang kertas siri baharu ini pada bulan Mei 2011, Bank Negara Malaysia telah mengadakan beberapa sesi pertemuan sejak beberapa bulan yang lalu dengan pihak berkepentingan yang berkenaan untuk membolehkan pengenalan wang kertas siri baharu Malaysia ini berjalan dengan lancar. Pihak berkepentingan tersebut termasuk:
  • institusi kewangan;
  • kompleks membeli-belah;
  • syarikat pengangkutan awam;
  • syarikat telekomunikasi;
  • pengendali tempat letak kereta;
  • pemilik kios pembayaran; dan
  • pengendali mesin wang tunai dan tiket.
Sehubungan dengan ini, sekiranya pihak berkepentingan tersebut belum berbuat demikian, mereka hendaklah mempercepat penentukuran/ pengubahsuaian (calibration/ modification) mesin mereka agar boleh menerima wang kertas siri baharu Malaysia ini untuk kemudahan orang ramai. Namun, sekiranya penentukuran/pengubahsuaian mesin mereka tidak dapat disiapkan menjelang 16 Julai 2012, walaupun notis untuk berbuat demikian telah dikeluarkan sejak lebih enam bulan yang lalu, penyelesaian alternatif hendaklah disediakan, contohnya penyediaan kaunter pertukaran wang kertas atau kaunter tiket manual untuk  kemudahan orang ramai.
Untuk maklumat lanjut mengenai wang kertas siri baharu Malaysia ini, orang ramai boleh menghubungi BNMLINK di 1-300-88-5465 atau menelefon 03-26988044 sambungan 7307/8658 atau menghantar e-mel kepada ncs@bnm.gov.my
Bank Negara Malaysia
26 June 2012

Terima kasih kerana sudi membaca

Sunday 24 June 2012

Commemoratives

 Commemorative Coins - Commemorative coins have been minted since the days of the early Greeks and the Romans, but no nation has surpassed the splendor and the beauty of the designs of American commemorative coins. From the first commemorative coins issued for the 1892-1893 World’s Colombian Exposition to the modern commemorative coins of today, the diversity of themes and designs is unmatched. Some of the most talented sculptors of their day have designed these coins.

      Commemorative coins in the United States were issued to honor significant historical events and noteworthy people from American history. That fact alone gives commemorative coins an appeal that attracts collectors all over the country, well beyond just those interested in numismatics. In the classic commemorative coin series (1892 to 1954), there are 50 different design types and 144 different date and mint-mark combinations. Many collectors attempt to complete either or both of these sets. A worthy endeavor!


Terima kasih kerana sudi membaca

Saturday 23 June 2012

Pengeluaran Duit Syiling Peringatan Sempena Pertabalan Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong XIV


Bank Negara Malaysia mengeluarkan tiga jenis duit syiling peringatan bersempena dengan Pertabalan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XIV Almu'tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu'adzam Shah Ibni Al-Marhum Sultan Badlishah. Duit syiling peringatan ini telah dipersembahkan kepada Seri Paduka Baginda di Istana Negara, Kuala Lumpur hari ini.

Duit syiling peringatan ini sah diperlakukan dan spesifikasinya adalah seperti yang berikut:
  1. Duit Syiling Peringatan Emas (pruf)
    Duit syiling pruf ini diperbuat daripada logam emas dengan ketulenan 999.9 dan berat setiap keping ialah 7.96 gram. Nilai muka duit syiling ini ialah RM100 dan dijual pada harga RM1,800 sekeping. Sebanyak 500 keping sahaja ditempa.
     
  2. Duit Syiling Peringatan Perak (pruf)
    Duit syiling pruf ini diperbuat daripada logam perak Sterling dengan ketulenan 92.5 dan berat setiap keping ialah 21.00 gram. Nilai muka duit syiling ini ialah RM10 dan dijual pada harga RM150 sekeping. Sebanyak 600 keping sahaja ditempa.
     
  3. Duit Syiling Peringatan Emas Nordic
    Nilai muka duit syiling emas Nordic ini ialah RM1 dan dijual pada harga RM10 sekeping. Sebanyak 15,000 keping duit syiling peringatan ini telah ditempa.
Duit-duit syiling peringatan ini juga boleh didapati dalam set tiga dalam satu dan set dua dalam satu. Set Tiga dalam Satu mengandungi duit syiling emas, perak dan emas Nordic pruf. Setiap set duit syiling ini dijual pada harga RM2,000 dan hanya terdapat 500 set sahaja. Set Dua dalam Satu pula mengandungi duit syiling perak dan emas Nordic pruf. Setiap set duit syiling ini dijual pada harga RM200 dan hanya terdapat 500 set sahaja. Butiran terperinci mengenai duit syiling ini terdapat dalam Lampiran I.
Reka Bentuk Duit Syiling

Keterangan mengenai reka bentuk duit syiling peringatan tersebut adalah seperti yang berikut:
  1. Bahagian Hadapan Duit Syiling

    Potret Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Almu'tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu'adzam Shah Ibni Al-Marhum Sultan Badlishah, yang ditabalkan sebagai Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XIV, dipaparkan pada bahagian tengah duit syiling. Nama penuh Seri Paduka Baginda tertera pada bahagian lilitan duit syiling.
     
  2. Bahagian Belakang Duit Syiling

    Reka bentuk pada bahagian tengah duit syiling memaparkan imej Istana Negara yang baharu dan lambang kebesaran diraja. Perkataan Pertabalan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XIV dipaparkan pada bahagian atas duit syiling, manakala nama Bank Negara Malaysia, pihak berkuasa yang mengeluarkan duit syiling peringatan ini, dan nilai muka duit syiling ini dipaparkan pada bahagian bawahnya. Reka bentuk keseluruhan duit syiling peringatan ini terdapat dalam Lampiran II.
Lokasi Jualan

Duit syiling peringatan ini ditempa dan diedarkan oleh Bank Negara Malaysia dan akan mula dijual pada 28 Jun 2012 di ibu pejabat Bank Negara Malaysia (BNMLINK), Muzium dan Galeri Seni Bank Negara Malaysia, pejabat wilayah di Pulau Pinang dan Johor Bahru, dan cawangan di Kuala Terengganu, Kota Kinabalu dan Kuching.
Bank Negara Malaysia
22 June 2012

Terima kasih kerana sudi membaca

Friday 22 June 2012

DINAR (SYARIAH COMPLIANCE & NON SYARIAH COMPLIANCE

DINAR SYARIAH COMPLIANCE

DINAR NON SYARIAH COMPLIANCE

MEMBELI DINAR!!!

YANG MANA LAGI BAIK???  (perbandingan di ambil dari Dinar KGT dan Dinar PG kerana kebanyakan pembeli lebih cenderong kepada 2 produk ini.)

Dinar ada DUA Kategori :

CONTOH DINAR
PURITY
BERAT
HARGA
Syariah Compliance
KGT
917
4.25G
768
Non-Syariah Compliance
PG
916
704

PERSOALAN SELALU BERMAIN DIFIKIRAN PEMBELI
“Kenapa HARGA berbeza sedangkan berat dan purity ada yang sama???”

----) Berbeza PREMIUM kerana disebabkan permintaan yang tinggi, seperti KGT (----

Ada beberapa faktor yang menyebabkan Dinar KGT dan Dinar PG menjadi pilihan pembeli masa kini.
DINAR KGT
DINAR PG
Kesedaran memartabatkan sistem kewangan Islam .

Dijamin oleh Kerajaan Negeri Kelantan.

Laku di Arrahnukan di Bank Rakyat, Arrahnu Xchange. (selain KGT, Dinar One Asia juga boleh di arrahnukan).

Boleh digunakan dalam muamalat. (kebanyakan kedai dan penjual menawarkan barangan untuk dijual lebih minat kepada dinar dan dirham KGT).
Marketing yang bagus.

Spread yang rendah.

Boleh juga dipajak jika dipakaikan pendant @ bingkai kalung.

PG juga sedia menerima pajakan bagi semua produk jualannya. (Non-Syariah Compliance)

Jadi…. Pilihan adalah ditangan anda… Jika hendak yang murah, belilah Dinar PG… Jika ingin Muamalat dan menjadi collector belilah Dinar KGT kerana setakat ini sudah 3 series dikeluarkan dengan design yang berbeza…





Terima kasih kerana sudi membaca

>
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...