Wednesday 24 October 2012

'OPPA EMAS AR-RAHNU STYLE'


Pelaburan secara Ar-Rahnu kini mula menjadi perhatian kerana cara ini lebih merendahkan kos pelaburan, merendahkan risiko terbeli emas palsu, memudahkan pelabur untuk menyimpan emas serta pelabur dapat memiliki jumlah emas lebih besar berbanding dengan modal pelaburan. Pelaburan emas secara Ar-Rahnu juga biasa disebut 70-30 atau 65-35.

Bagaimana cara pelaburan emas Ar-Rahnu dilakukan?

Sistem Ar-Rahnu memberi pinjaman modal sehingga 70% untuk nilai suatu item. (Maksimun 65% untuk mereka yang belum pernah membuka akaun dan 70% untuk mereka yang telah mempunyai akaun di Ar-Rahnu). Biasanya pebeli meghubungi pihak penjual (Hargaemas) untuk membawa emas ke Ar-Rahnu berhampiran pembeli untuk ujian ketulenan kemudiannya emas tersebut akan dipajak diatas nama pelabur,

Arrahnu akan memberikan pinjaman maksimun 70% dan pembeli akan menambah balance 30% untuk membayar kepada penjual.

Bagaimana keuntungan kepada pelabur?

Jika sebelum ini pelabur A yang hanya mempunyai RM7000 dapat membeli sekitar 35gram emas 999 sahaja, dengan sistem Ar-Rahnu, pelabur B dapat membeli 100gram emas 999 dengan modal yang sama.

Jika harga emas naik sebanyak RM10/gram, pelabur A yang cuma membeli 35gram hanya mendapat keuntungan (35gram x RM10/gram = RM350), tetapi bagi pelabur B yang melabur didalam Ar-Rahnu sebanyak 100gram mendapat keuntung (100gram x RM10/gram = RM1000) ditolak sedikit upah simpan, pelabur masih mendapat lebih keuntungan berbanding cara membeli biasa.

Kos upah simpan di Ar-Rahnu adalah sebanyak 0.75% sahaja setiap bulan (berbanding kedai pajak konvesional 2%).

Pelabur tidak perlu menjual emas simpanan mereka untuk mengambil untung, hanya perlu overlap sahaja surat ar-rahnu di bank atau arrahnu.

Adakah pelabur perlu membayar upah simpan setiap bulan?

Tidak, Sistem Ar-Rahnu terkini membenarkan pelabur untuk “overlap” setelah harga emas terkini meningkat naik dan pihak Ar-Rahnu akan memberikan wang tunai. Contohnya: Encik Ahmad membeli 100gram emas pada harga RM200/gram, setelah 2 bulan harga emas telah naik RM10/gram (->RM210/gram). Encik Ahmad membawa surat Ar-Rahnu ke bank untuk (overlap), pihak Ar-Rahnu akan memberikan wang tunai sebanyak RM1000 (100gram x RM10/gram) – upah simpan. Tempoh masa pajakan Encik Ahmad akan bertambah lagi 6 bulan dan seterusnya.

Berapa lama cadangan pelaburan menggunakan Ar-Rahnu?

Kami cadangkan sekurang-kurangnya 18 bulan.

Adakah pelaburan Ar-Rahnu selamat?

Ya, pelabur tidak perlu risau ketulenan emas yang dibeli kerana Pihak Ar-Rahnu akan menguji dahulu ketulenan emas sebelum pelabur membayar kepada penjual. Emas yang dibeli disimpan ditempat yang lebih selamat berbanding di rumah. Pelabur tidak perlu risau untuk menjual emas pada bila-bila masa kerana pembeli emas boleh dihubungi pada bila-bila masa untuk mendapatkan tunai.

Dimana Pelaburan Ar-Rahnu boleh dilakukan?

Mana-mana Institusi Kewangan yang menyediakan pajak gadai islam Ar-Rahnu, koperasi-koperasi yang bernaung di bawah Ar-RahnuX, dan anak syarikat negeri yang menyediakan pelan ini.


Terima kasih kerana sudi membaca

“Your Ringgit Falls in Value Every Second It’s In Your Pocket”

Ramai sering bimbang bila silver atau emas turun harga. Tetapi sedarkah kita duit kertas ringgit juga mengalami penurunan @ kenaikan harga / kuasa belinya. Atau “your ringgit falls in value every second it’s in your pocket”

Berapakah kejatuhan kuasa beli ringgit Malaysia terhadap silver dan emas @ Berapakah kenaikan silver dan emas?

Terima kasih kerana sudi membaca

"Gold Confiscation"

Apakah Executive Order 6814

Sedikit sejarah silver di US

Mungkin ramai telah mengetahui adanya "gold confiscation" (penyitaan/sitaan/rampasan emas?) oleh President Franklin D Roosevelt pada tahun 1933 di Amerika Syarikat melalui Executive Order 6102.
Sebenarnya silver juga telah mengalami nasib yang sama. Pada 9 Ogos 1934 Presiden Roosevelt telah menandatangani Executive Order 6814. Setelah silver disita harganya telah meningkat lebih kurang 40%. Ini menyebabkan rakyat yang mematuhi arahan ini mengalami kerugian.

http://www.presidency.ucsb.edu/ws/index.php?pid=14741


Terima kasih kerana sudi membaca

Net Worth Gold & Silver

Contoh yang dipaparkan ini dikira menggunakan harga purata pada tahun berkenaan dalam US dollar. Tetapi apa yang hendak ditekankan adalah - Anda rasa harta anda telah meningkat, tetapi apa yang sebenarnya berlaku adalah harta anda telah menyusut.

  Pada tahun 2000, sejumlah $325,000 boleh membeli 1,181 oz. Mengambilkira pertambahan jumlah disimpan disebabkan dividen, interest etc. jumlah wang disimpan telah meningkat $455,000. Terasa telah meningkat. Sebenarnya apa yang berlaku adalah net worth jika dikira dalam oz emas atau silver telah menurun.

Cuba kira jika jumlah wang yang sama digunakan untuk membeli 1,181 oz emas atau 66,326 oz silver? Berapa net worth in 2012 - expressed in dollars?

Gold: 1181oz x usd1700=usd2.0077 million x 3.1 = RM6.224 juta

Silver : 66326 x 31 = usd2.056106 million x 3.1 = RM6.374 juta

Sumber: Dekad Silver  

Terima kasih kerana sudi membaca

REKOD HARGA TERENDAH & TERTINGGI KIJANG EMAS 1OZ (2000-2012)

2002 1122 (JAN) 1413 (Dis)
2003 1295 (APR) 1647 (DIS)
2004 1510 (MEI) 1838 (DIS)
2005 1665 (FEB) 2115 (DIS)
2006 2070 (JAN) 2713 (MEI)
2007 2263 (JAN) 2952 (DIS)
2008 2725 (Nov) 3414 (MAC)
2009 3085 (JAN) 4292 (DIS)
2010 3831 (MAC) 4686 (DIS)
2011 4261 (JAN) 6014 (SEPT)
2012 5069 (MEI) 5805 (OKT)
 
Sepanjang  11 tahun kewujudan Kijang Emas di Malaysia, harga tertinggi ialah pada bulan September 2011 (RM6014.00). Manakala harga terendah ialah pada bulan Januari 2002 (RM 1122.00) iaitu tahun permulaan Kijang di jual d Malaysia.

Sumber : BNM

Terima kasih kerana sudi membaca

>
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...