Saturday, 7 April 2012

KIJANG EMAS MALAYSIA



Pada tahun 2001, YAB  Perdana Menteri, Dato’ Seri Dr Mahathir bin Mohamad telah melancarkan duit syiling emas bulion Malaysia yang dikenali sebagai Kijang Emas bertempat  di Kuala Lumpur. Turut hadir di majlis tersebut ialah  Gabenor Bank Negara, Tan Sri Dr. Zeti Akhtar Aziz. Pengeluaran kijang emas ini adalah hasil usahasama diantara Bank Negara Malaysia dan The Royal Mint of Malaysia. Hasil usahasama ini telah meletakkan Malaysia sebagai negara yang ke-12 mengeluarkan duit syiling emas bulion. Kijang Emas Malaysia adalah sama dengan duit syiling emas bulion terkemuka di dunia seperti Canadian Maple Leaf, American Gold Eagle, Australian Nugget, South African Krugerrand, Chinese Panda, Austrian Philharmonic dan British Britannia. Kijang Emas dikeluarkan di dalam tiga saiz iaitu 1 auns, setengah auns dan suku auns dengan ketulenan emas 999.9.   Kijang Emas adalah duit syiling pelaburan yang boleh dijual beli mengikut harga pasaran emas semasa, manakala duit syiling emas peringatan dijual mengikut harga yang telah ditetapkan terlebih dahulu. Nilai muka Kijang Emas iaitu bernilai RM200 untuk 1 auns, RM100 untuk setengah auns dan RM50 untuk suku auns dengan permukaannya terdapat gambar kijang.  Sesungguhnya pelancaran duit syilling kijang emas pada hari ini telah memperkenalkan Malaysia di mata dunia dan  seterusnya menyediakan pilihan kepada  orang ramai untuk melabur dan menabung.  Selain daripada itu Malaysia juga  telah  membuktikan keupayaannya dari segi  kreativiti dan kepakaran   dalam   mengeluarkan  produk duit syiling Kijang Emas yang setanding  dengan  produk-produk yang dikeluarkan oleh negara lain.

Terima kasih kerana sudi membaca

No comments:

Post a Comment

>
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...