Saturday 7 April 2012

Nilai Fiat Semakin mengecil atau Harga Barang yang Makin Tinggi?


(1) - Pada tahun 2000, dengan RM1, kita boleh membeli 5 biji kuih. Tetapi pada tahun 2012, RM1 hanya mampu membeli 2 biji kuih sahaja,

(2) - Untuk membeli 2 biji kuih pada tahun 2000, kita hanya memerlukan 40 sen sahaja. Tetapi pada tahun 2012, untuk 2 biji kuih, harganya sudah menjadi RM1.

(3) - Maka, nilai RM1 kita pada tahun 2012 ini hanya bersamaan dengan 40 sen sahaja pada tahun 2000. Kerana nilai matawang ringgit kita semakin jatuh saat demi saat tanpa kita sedari. Bagi sesetengah yang tidak ambil peduli, inflasi ini cuma pekara biasa.

(7) - Setelah persamaan kedua-dua belah (tahun 2000 dan tahun 2012) digandakan (4,5 dan 6). Pada tahun 2012, nilai RM 1 Juta hanya bersamaan dengan RM 400Ribu sahaja untuk tahun 2000. Kalau anda rasa anda seorang jutawan pada tahun 2012 dengan memiliki RM 1 Juta. Maka, sesiapa sahaja yang mempunyai RM 400 Ribu pada tahun 2000 juga adalah seorang jutawan kerana nilai duit mereka dan anda adalah sama!

(8) - Terlampau ramai orang Melayu dipengaruhi dengan pelaburan ASB (Amanah Saham Nasional Berhad) yang mencanang keuntungan yang berlipat kali ganda. Kalau ada calculator di sisi anda, cuba anda kira sekiranya anda melabur RM 400 Ribu di ASB pada tahun 2000 dengan dividen purata 9% setahun. Adakah duit anda menjadi sekitar RM 1 Juta pada tahun 2012? Iya bukan? Anda rasa ini satu keuntungan? Keruguian? Atau SAMA sahaja? *Berdasarkan nilai matawang kita sekarang berbanding tahun 2000.

(9) – Bicara tentang Real Estate. Kalau anda membeli rumah RM 400 Ribu pada tahun 2000, adakah rumah anda bernilai RM 1 Juta pada tahun 2012? Mustahil bukan? Kecuali di kawasan yang betul-betul membangun. Dan jangan juga lupa, kebanyakan membeli rumah secara loan. Mungkin sebenarnya anda membayar hampir RM 700 Ribu untuk rumah RM 400 Ribu. Anda rasa ini satu keuntungan atau KERUGIAN? Berdasarkan nilai matawang kita sekarang berbanding tahun 2000.

(10) – Gold Tell The Truth. Pada tahun 2000, 1 gram emas hanya berharga sekitar RM 30. Tetapi pada tahun 2012, 1 gram emas sudah mencecah RM 180. Dan sekiranya anda menggunakan RM 400 Ribu yang anda ada pada tahun 2000 untuk membeli emas dan bukanya melabur ke dalam ASB mahupun dengan membeli rumah. Harga emas anda sudah menjadi RM 2.5 JUTA! pada tahun 2012. PERCAYALAH.

Jika anda mempunyai peti keselamatan yang tidak akan dibuka selama 10 tahun, anda lebih rela mengisi dengan:

a. 1 gram emas
b. Rm180.00
.................................................................................................................

*Kenapa ini terjadi? Ini terjadi disebabkan inflasi. Inflasi terjadi apabila our 'central bank' print money out of nothing, out of thin air. Dia just print money bila ada permintaan dari bank-bank dan kerajaan. Semakin banyak our 'central bank' print money, semakin tidak bernilai duit tersebut. Ini dipanggil FIAT MONEY. Fiat money ini terhasil dari undang-undang dan peraturan sesuatu kerajaan. Bukan seperti yang kita belajar di sekolah - duit dicetak berdasarkan simpanan emas di dalam bank.

*Semakin banyak duit dicetak semakin susah hidup kita. Selagi kita menggunakan conventional bank untuk membuat pinjaman, beli rumah dan credit card. Semakin banyak duit akan dicetak berdasarkan adanya 'interest/riba'. Sebab itu dari dahulu lagi Islam meharamkan riba. Sekarang baru kita nampak. Para sahabat Rasulullah tidak nampak kenapa bahayanya riba. Umat akhir zaman je yang akan merasai.

*"AKAN TIBA SATU ZAMAN DIMANA TIADA APA YANG BERNILAI DAN BOLEH DIGUNAKAN OLEH UMAT MANUSIA KECUALI DINAR (EMAS) DAN DIRHAM (PERAK)". - Sabda Rasulullah SAW.

*Maka buatlah simpanan emas dari sekarang, jangan tunggu harga emas jatuh baru hendak beli kerana harga emas takkan jatuh lagi. Semakin banyak duit dicetak semakin tinggi harga emas akan melonjak.

Terima kasih kerana sudi membaca

No comments:

Post a Comment

>
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...